Tuesday, 4 February 2014

Belajar Bahasa Arab Part 1

Jom belajar bahasa syurga...

La Baksa : Tiada apa-apa

Ibrah : Pengajaran

Tafaddhol : Silakan

Wa ilal liqo'...

Monday, 3 February 2014

Cuba Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum...

Belajar bahasa Arab, pernah sahabat aku katakan lagi sukar belajar bahasa Arab dari bahasa Inggeris. Benarkah atau tidak?. Wallahualam..kerana aku hanya pencari. Di usia ku yang semakin penghujung, baru hati aku terdetik untuk mempelajari bahasa Arab. Walaupun hanya baru mengenali beberapa perkataan Arab, tapi nikmat yang aku rasa hanya Allah yang tahu.

So, practice make perfect. Hari ni 3 perkataan asas bahasa Arab serta maksudnya sekali. InshaAllah. Semoga Allah merahmati kita semua.

Afwan : Sama-sama

Afwan ukhti : Sama-sama wahai saudariku

Mabrook : Tahniah

Aseef kalau ada kekurangan. Wa ilal liqo'. InshaAllah.

...Fussilat ayat 40...


Fussilat ayat 40 :

"Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Kami, mereka tidak tersembunyi dari Kami. Maka apakah orang-orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik, ataukah orang-orang yang datang dengan aman sentosa pada hari Kiamat? Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan"

...Hamba yang hina...

Pernah tak walau sekali kita rasa betapa kerdilnya kita di sisi DIA. Allahurobbi, selama usia ku ini, apa bekalan yang aku ada sebagai persediaan menghadap Illahi. Allah, ampunkan dosa-dosa ku. Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang hina.

Pintu hati ku diketuk saat lena ku yang panjang. Mana segala bekalan ku,...mana segala persediaanku sebelum mengadap Ya Rabb.

Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Lately, banyak..banyak sangat peluang untuk aku kutip ilmu-ilmu Mu Ya Allah. Tetapi hati ku masih hanya memandang sepi. tetapi, apabila sekali Kau mengetuk pintu hati ku ini, Ya Allah..andai ku tahu manisnya mengutip ilmu-ilmu Mu Ya Allah, telah ku cuba sejak dari dulu lagi.

Sesungguhnya, akan aku cuba untuk 'penjenamaan' semula hatiku ini Ya Allah. Demi kasih dan cintaku pada Mu, demi kasih dan rindu ku pada Nabi Muhammad s.a.w..

Sunday, 2 February 2014

...Berkurun lama...

Assalamualaikum..Allahurobbi..dah lebih setahun tak update..tak jenguk blog ni..InshaAllah..lepas ni akan cuba curi-curi masa untuk touch up semula. InshaAllah dengan azam baru..buku baru..demi lebih mendekatkan diri ini pada Dia..Allah..Wa ilal liqo'..

Friday, 13 July 2012

Brownies Cheese Marble

Assalam...tik tok..tik tok..da nak puasa minggu depan..semoga umurku dipanjangkan untuk menikmati ramadhan Al-mubarak 1433 ni..semoga diriku dapat menjalani ibadah puasa ini sebaiknya & semoga hatiku kuat untuk melakukan ibadah2 lain untuk aku nikmati ganjaran Allah..

Semoga aku dapat bersihkan hatiku dari dosa2, dari kesilapan2 samada aku sedar @ tidak.. Ya Allah..bantulah aku...Tetiba cam sebak pulak. Insyallah aku akan sentiasa cuba & akan cuba yg terbaik..

Arini saya nak membebel sikit 1 lagi resepi ni..ni pun combination 2 resepi..based brownies tu saya ambil kat myresepi..yg topping tu plak da x ingat ambil kat mana..Resepi brownies tu saya ambil sebab simple sangat nak buat tapi xde resepi topping cheese. Tu yang saya combine resepi topping yang lain, tapi memang da x ingat dari blog sape. Harap dihalalkan resepi tu ye untuk di post kat sini. Nanti insyallah kakau saya jumpa blog tu saya akan link kat sini ye. Minta izin ye tuan punya resepi. Apepun jom kita layan gambo ni yek..


First time wat deco marble tu..x berapa cantik lagi.


Topping tergelap sikit masa membakar coz terover temperature oven..apepun memang sedap resepi nih.. Alhamdulillah, kawan2 pun suka..lincinnnnn...hehe..
Ni resepinya:-

Brownies (Bahan2)
70gm butter
130gm gula halus
2 biji telur
100gm tepung gandum (saya buat 60 tpg gandum + 40 tpg naik sendiri)
20gm serbuk koko
50gm walnuts potong kecil2 (saya xletak pun)

Bahan topping cream cheese (saya buat separuh adunan jer)
250gm cream cheese
1 cup gula icing
1 bji telur

Cara buat brownies:
1.Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
2.Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
3.Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
4.Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata. (saya skip sbb x letak walnut)
5.Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit. (tinggalkan sikit dalam 1 sdb untuk dilorek atas topping cheese nanti)
6.Bila brownies da masak, keluarkan dan letak topping cream cheese. Paipkan garisan melintang, then guna lidi tarik selang-seli ke atas dan bawah.(nak guna blueberry jem pn blh)
Cara2:- Putar cream cheese & butter hingga kembang, pastu masukkan gula & putar hingga & sebati. Akhir sekali masukkan telur & pukul lagi hingga sebati & kembang.
Senangkan nak wat ni..so boleh cuba nanti..assalam..

Thursday, 12 July 2012

...Red Velvet Cupcake Mudah...

Assalam..da lama x rajin nak mengupdate blog ni..bz keje..bz wat cupcakes & bz nk asah skill wat kek..hehe..Alhmdulillah lately ni ada kawan2 yg nk oder @ erti kata lain minta tlg saya buatkan cupcakes utk hantaran dan makan2..

Ni la dia red velvet cupcakes yang saya buat..design x berapa cantik, tapi insyallah akan diusahakan untuk baiki deco dia..hehe..So kalau ada sesape kawan2 yang nak resepi ni, nanti kat bawah saya bagi yek. Saya dapat resepi ni pun dari rakan2 blogger yg lain yg x kedekut utk berkongsi resepi. So, saya panjangkan resepi tu untuk dikongsi bersama..Untuk details cara2, boleh tengok kat sini.

Jom kita layan gambo ni dulu..

Pada saya rasa RVmemang best..sbb tu sume org tengah bersemangat nak wat keja membaking RV ni..

Sumber Rersepi: Norli (my happy oven)
Bahan A
2 1/2 cup tepung superfine
1 1/2 cup gula castor
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk garam (tapi saya letak 1/2 sdk je)
1 sdk serbuk koko
(bahan A ni kena ayak)

Bahan B
1 1/2 cup minyak masak
1 cawan buttermilk (1 sdu perahan lemon @ cuka + susu segar (saya pakai susu kotak yg 240ml tu je)
2 bji telur gred A
1 sdb pewarna merah
1 sdk cuka makan
1 sdk esen vanilla
(Bahan B ni disatukan & pukul dengan handwhisk jer)

CARA2
Mulakan dengan Bismillah ye...
Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B. Pukul dengan mixer dengan kelajuan sederhana utk disebatikan je.
Kalau nak wat versi cupcake, masukkan dalam papercup dlm 3/4 penuh size 8..anggaran saya dapat dalam 50 biji.
Kalau nak wat versi kek, ni saya copy ayat norli dari my happy oven..hehe.."Dah siap !!!! Tuangkan adunan tu dlm 2 biji atau sebiji loyang 9 inci tadi dan bakar suhu 175 darjah celcius selama 30-35 minit...pastu kuarkan kek dr loyang n sejukkan kek tu atas besi relai ..."
Untuk topping plak..CREAM CHEESE FROSTING
250 gms Cream Cheese
1 cawan gula aising (saya guna dalam 70gm jer sbb xnak manis sangat)
1 1/2  cawan butter (saya juz guna 50gm)
Satukan semua bahan dan pukul guna mixer dgn kelajuan sederhana. Pukul sampai kembang sekali ganda. Selamat mencuba... :)..Insyallah menjadi

Wednesday, 23 May 2012

...Al-fatihah buat Norma yang telah pergi buat selama-lamanya...

Assalam....

Sebak campur sedih masa nak taip post kali ni coz Norma yang saya ikuti kisah dia sejak dia sakit telah pergi buat selama-lamanya..Even saya x pernah bersua mahupun kenal siapa norma, tapi dengan ikuti kisah arwah di sini make me felt that i know her. Allah lebih sayangkan dia..

Seorang wanita comel, seorang pendidik anak bangsa & baru menjadi seorang isteri dan ibu, arwah telah di uji dengan brain cancer. Tetapi arwah dikurniakan suami yang sangat penyayang, penyabar, pengasih serta keluarga dan ipar yang sangat mengambil berat dan sayang padanya. Untuk cerita lanjut boleh tengok kat blog moon . Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh, dan dilepaskan dari segala seksaan kubur, siksaan dunia & akhirat. Amin..Al-fatihah..

Wednesday, 16 May 2012

...Resepi Tuna Roll Bun...

Assalam...

Jumpa lagi kita ye..lama da x update..agak bz sikit..sabtu aritu ada kawan tempah red velvet cupcakes..Mula-mula tu cam berat ati nak terima, sebab x yakin nak buat untuk orang. B4 this buat untuk makan2 sendiri jer. Last2 terima gak, harga pun saya kira murah2 jer, x ambik untung sangat..hehe..Tapi hari ni saya nk upload dulu gambar & resepi Tuna Roll Bun..Yelah, sejak ada BM ni, rajin2 je nak buat roti.

Nasib baik asben suka makan, & my son pun kira ok la..Jom kita layan resepi yang saya ambil dari MAT GEBU punya blog. Memang puas hati sebab tekstur & rasa dia memang sedap..

...tUnA rOll bUn...


BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (saya guna susu dutch lady my son jer)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast (yg ni tau nk agak, so saya guna hampir sepeket yis hehe)
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan (saya pakai planta murah jer, ni untuk disapu pada doh yang dah dileperkan nanti)
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur (yg ni saya guna sardin jer..hehe)
2 1/2 camca besar mayonis
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan(saya guna daun parsley kering jer)
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan
Cara-cara :-
DOH :- Kalau menguli dengan tangan, kena larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.

Kalau gunakan Breadmaker :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2 tapi BM saya setting DOH hanya 14 minit, so sya ulang lagi sekali untuk menguli doh..hehe). Kalau nak tengok cara membuat, bolehlah lawat blog Mat Gebu, sangat teruja tengok dia bikin itu roti la..hehe

Untuk Inti:- Satukan semua bahan untuk inti sardin kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.

Then susun dalam dulang pembakar..tapi kalau nak comel2 gitu, boleh diletakkan di dalam papercup.. Selamat mencuba..Assalam..

Friday, 4 May 2012

..resepi apam mekar @ apam soda yang simple..

Assalam...

Baru-baru ada wat apam mekar ni. Ada orang panggil apam soda. Buat nipun untuk adik yang ada wat doa selamat sikit kat rumah dia. Insyallah nak buat ni mudah jer. Kalau x silap dapat resepi ni dari blog myresepi. Thanx yang bagi resepi tu. Kalau x silap nama dari myresepi tu "apam mekar mysara". Mudah-mudahan murah rezeki mereka-mereka yang x lokek berkongsi resepi ni. Insyallah..Jom kita layan resepi apam ni.

Ni resepinya ye kekawan..

Bahan-bahannya:-
  • 230gm gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovalette
  • 250gm tpg gandum
  • 1 cawan aiskrim soda (suhu bilik)
  • sedikit vanilla
  • pewarna
Cara-cara
  1. pukul telur, ovalette, gula dengan high speed sehingga putih berkrim/kalau angkat dia jadi bertanduk (bak kata omputih meringue) lebih kurang 15 minit
  2. then masukkan esen vanilla & pukul lagi
  3. masukkan tepung gandum selang-seli dengan aiskrim soda
  4. bahagi kepada beberapa bahagian ikut pewarna yang kita nak
  5. kukus selama 7-10minit (petua kalau nak bagi dia mekar, api kena kuat)
Insyallah...bolehla mencuba..Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...