Friday 28 October 2011

...Kelebihan Daging Kambing...


Tadi dok check emel, tiba2 terbaca artikel ni sent by my friend...sangat2 berguna untuk kita..terpulang pada individu either wanna believe it or not. Juz wanna share some info for others...peace...

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan. Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang.

Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing. Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient) Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan matap atau disebut emotional quotient EQ. Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insya Allah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.

Antibiotik Semulajadi
Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini. Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema. Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.

Pengaruh Karektor
Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya. Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser.

Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga. Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya.

Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai. Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.

Karektor Kambing
 Kambing mempunyai karektor seperti berikut;
1.Tegas
2.Berpendirian
3.Matang
4.Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran
5.Memahami arahan
6.Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi
7.Tinggi EQ (emotional quotient)
8.Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
9.Tersenyum

Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.

Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.

Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.

Rahsia Janggut Dan Senyuman
Semua kambing berjanggut dan sentiasa tersenyum. Janggut mempunayi banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.

Senyuman ialah rahsia konduktor (dalam bentuk gelombang visual boleh lihat) yang akan mengalirkan kalam hati melalui rasa kasih sayang. Aliran rasa kasih sayang ini akan melancarkan pematuhan gerakan tenaga dalam falsafah Hukum Keseimbangan. Senyuman ialah satu ciri facial therapy yang akan merawat pelbagai penyakit. Oleh itu, kambing ialah sejenis haiwan yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan boleh membekalkan daging yang bersih dan selamat daripada sebarang jenis jangkitan.

Rawatan Penyakit Darah Tinggi
Pesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebegai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.:) Wallahualam....

Thursday 27 October 2011

...Tanamkan Roh Islam Pada Anak2...



Sahabat-sahabat yg dikasihi,                                              
                                                                           
 Anak adalah anugerah Tuhan yg cukup bermakna kepada kita yg bergelar ibu dan ayah. Anak juga merupakan penyeri rumahtangan kita dengan tangisan, gelak tawa mereka.Pada masa yg sama juga kita tak dapat lari dari diuji oleh Allah s.w.t dengan pelbagai kerenah mereka, adakalanya hilang sabar dibuatnya.                                                                
                                                                           
 Di sini ingin ana kongsi bersama apa yg ana perolehi dari usrah yg disampaikan oleh ustazah. Apa yg menariknya adalah penerapan nilai-nilai islam terhadap anak-anak dari  
 kecil lagi.                                                            
                                            
 Tahu tak ?                                                             
Apabila anak-anak kita buat sesuatu yg kita tak suka, apa yg kita cakap.Kita akan cakap "umi tak suka kak buat macam tu". betul tak ? 
Pernah tak kita cakap kat dia bahawa Allah tak suka kak buat macam tu dan kalau Allah tak suka umi pun tak suka.                                                             
                                                                           
 Kenapa?                                                                
 Apabila kita megatakan Allah tak suka, dia akan meletakkan sampai bila-bila, sampai besar dan keluar dari rumah apa yang dibuat yg menyebabkan apa-apa perkara yg terutamanya org tak suka lagi-lagi perkara yg Allah tegah dia akan ingat Allah akan benci.Bezanya pula kalau kita hanya cakap umi tak suka, tapi apabila ia keluar dari rumah dan melakukan       
apa-apa perkara yg tak baik dia akan fikir "ala tak pe umi aku tak de" dengan sewanag-wenangnya dia boleh buat sesuka hati.                                                   
                                                                           
 Pernah tak ?                                                           
 Apabila anak-anak kita yg berusiah 1-5 thn, pernah tak kita menceritakan pada mereka tentang Kewujudan Allah dan kemulian Nabi Muhammad s.a.w. Kalau difikirkan nak ceritakan mengenai Allah dan Rasuluallah bukannya dia orang tu faham sangat. Tapi kita kena cerita tentang kebesaran Allah dan Muhammad itu supaya dijadikan contoh dan ikutan yg baik.Memanglah bila kita cerita dia akan tanya seribu satu persoalan yg rasanya sukar untuk kita jawab. sebagai seorang ibu yg baik kita kenalah menjawab dengan cara yg terbaik yg mudah anak-anak kita faham.    
                                                                           
 Sebab....                                                              
Apabila kita menceritakan tentang kewujudan Allah dan kebesaran serta kemulian Nabi Muhammad kepada mereka dari kecil lagi akan memudahkan mereka memahami atau lebih excited lagi bila cikgunya mengajar Tauhid, akidah, akhlak dll sebab dia dah tahu. Berbezalah pula dengan anak-anak yg hanya belajar disekolah dan mendengar apa yang diajar oleh cikgunya sahaja. Dia akan terpinga-pinga sebab masa kat sekolah baru belajar. Jika kita ajar ank-anak kita dari awal lagi dan ditambah disekolah dia akan lagi seronok nak tahu lagi dan lagi... 
                                                                           
Perasan tak?                                                           
Bila kita suruh anak kita ambil barang kat dlm bilik ke dapur ke sorang-sorang dia kata "tak nak takut ada hantu".sebab apa jadi gitu. Perasan tak kadang-kadang bila kita tak nak anak kita pergi kesesuatu tempat, kita akan cakap " gilah gi...gi ambilah momok tu, haa ada hantu kat situ". Sebenarnya kita yg mengajar anak kita pasal tu, betul tak?.            
                                                                           
Jadi...                                                                    

Tanamkan dalam fikiran anak-anak kita supaya sebut nama Allah dan baca Bismillahhirohmannirahim apabila dia takut untuk pergi tempat yg dirasa ada hantu. Cakap dengan dia "kalau kak baca Bismillah banyak kali tentu tak ade hantu".Dengan pujukan kita yg baik dia akan pergi dengan lintang pukang untuk ambil barang yg disuruh.Jadi bila dia dah selamat mengambil barang tu, tanyalah kat dia "ha.. ada tak hantu", tentu dia cakap "yelah umi tak ada hantulah pun". So dari situlah kita akan cakap bahawa Allah tu ada kat mana-mana dan akan tolong kita. So, itu saja yg ana boleh sampaikan untuk renungan kita bersama.Marilah  kita sama-sama untuk menjadi seorang ibu yg baik.                                              
                                                                           
 Didiklah anak kita dengan nilai-nilai islam, sebab jika kita tak didik anak-anak kita dengan nilai-nilai islam cuba
kita lihat dunia hari ini semakin mengongcan dan bergegar dengan pelbagai jenis penyakit sosial. Walaupun kadang-kadangnya ada diantara kita boleh dikatakan dah didik anak dengan cara islam tapi,environment diluar sana tu yg menyebabkan mereka terpengaruh, siap yg harus dipersalahkan?. Apa yg pentingnya adalah kita kena usaha dan berdoa dan terus berdoa supaya anak-anak kita tergolong dikalangan anak-anak yg soleh dan soleha.        
                                                                           
 Wallahualam.



Sumber :  Emel dari kawan pada 2004 but still in my inbox...so, blh kita share sama2..

...Surah ad-Dhuha - insya-Allah diselamatkan daripada kehilangan...

Surah ad-Dhuha kandungi pelbagai fadilat AD-DHUHA adalah surah ke-39 dalam al-Quran. Ia mengandungi 11 ayat yang mempunyai fadilat jika dijadikan bacaan amalan setiap hari.

Barang siapa yang membacanya setiap kali waktu terbit dan terbenam mata hari sebanyak tujuh kali, insya-Allah diselamatkan daripada kehilangan, kecurian atau lari hamba sahaya atau anak.

Jika kita gelisah akibat kecurian dan kehilangan atau anak serta isteri
melarikan diri, bacalah surah ini.


Selain wirid, kita boleh melakukan solat sunat dhuha enam rakaat dengan tiga
salam setiap Jumaat hingga kembali barangan yang hilang itu.

Selepas habis menunaikan solat enam rakaat, bacalah doa yang bermaksud: "Ya Allah, ya Tuhan yang Maha Kaya, ya Tuhan yang Maha Mengembalikan tiap-tiap yang hilang, Ya Tuhan yang Menghimpun yang bercerai-berai, Ya Allah ya Tuhan yang ditangan-Nya segala sesuatu perkara, (Mohonlah aku ya Allah) kembalikanlah kepadaku barang kehilanganku, sesungguhnya tiada yang dapat menghimpun sesuatu, melainkan Engkau." Insya-Allah, barang yang hilang akan segera dikembalikan oleh sesiapa yang mengambilnya.

Sesiapa yang membaca surah ini setiap hari dalam tempoh 40 hari sebanyak 40 kali dan selepas selesai, dibaca pula dengan doa, insya-Allah akan menjadikannya bebas daripada kefakiran.

Doa itu bermaksud: "Ya Allah, ya Tuhan Yang Maha Kaya katakanlah aku, hingga aku tidak khuatir takut sesudahnya menjadi fakir dan tunjukkanlah aku kerana aku sesat dan kurniakan aku ilmu kerana aku jahil."

Tuesday 25 October 2011

...Penenang Jiwa...

Subhanallah...kadang2 tanpa aku sedar, aku juga selalu mengeluh, selalu mempersoalkan apa yang terjadi. Tapi aku hanya hambaNya yang lemah, hambaNya yang hina yang selalu alpa dan tidak bersyukur pada apa yang telah Dia kurniakan pada aku..Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ku..

Kumpulan kalam Allah ini amat baik untuk menenangkan jiwa kita..semoga bermanfaat :)..Insyallah..

Kenapa aku diuji?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."(Al-Ankabut: 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah: 216)

Kenapa ujian seberat ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Al-Baqarah: 286)Kecewa?"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."(Ali-Imran: 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Ali-Imran: 200)"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."(Al-Baqarah: 45)

Apa yang aku dapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."(At-Taubah: 111)

Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."(At-Taubah: 129)


Macam mana aku nak bertahan?
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Yusuf: 12)

Monday 24 October 2011

Syukur ku pada MU Ya ALLAH..



Alhamdulillah....akhirnya aku punya kekuatan dan kerajinan untuk meneruskan blog ni. Bukan niat untuk apa2, tapi di sini aku dapat berkongsi apa yang aku rasakan perlu..dalam MENITI SIRATUL MU....ya, aku bukanlah manusia sempurna, apalagi sebagai seorang ibu dan isteri di muka bumi Allah ini.

Tapi aku ingin berusaha untuk menjadi lebih baik, ingin merasa dekat dengan Mu Ya Allah..
     
        Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku
         Bersihkanlah hatiku
         Sucikanlah jiwaku
         Dekatkanlah aku pada Mu
         Tetapkanlah hati ku agar sentiasa ingat pada Mu
         Kurniakanlah aku zuriat yang baik
         Selamatkanlah zuriatku Ya Allah
         Lindungilah zuriatku....

Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah, maka KAU bimbinglah aku ke jalan MU..dalam meniti siratul MU...amin...   

Aku mengharapkan agar kesinambungan pada paparan seterusnya dapat aku kongsikan bersama...Insyaallah..

...ingat ALLAH ingat IBUBAPA...

Rassulullah SAW pernah bersabda :
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi SAW : " Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.


Kesimpulannya: - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)...InsyaAllah ...


Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .
Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :  "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah..

...Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu
muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

Sumber ::Dr. Muhammad Azhar Zailaini
YDP IKRAM Hulu Selangor
Koordinator Program Pendidikan Islam,
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Mari Kita Cuba....!

...GANJARAN BERWUDUK DENGAN SEMPURNA...

  Rasulullah s.a.w bersabda
"Barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya"  (HR : Muslim)




Wuduk yang sempurna disertakan niat yang jelas pasti dirahmati Allah.Insyallah kita akan dapat melakukan solat dgn khusyuk dan diterima Allah. Banyak hikmahnya berwuduk disertakan dgn niat kerana ia sangat berguna didunia dan diakhirat juga

KETIKA BERKUMUR
berniatlah,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
kenapa
Kerana setiap hari tanpa kita sedari, kita kadangkala bercakap perkara yg tidak berfaedah dan dengan niat sedemikian , kita tidak lagi memperkatakan sesuatu yg tidak membawa kebaikan.

KETIKA MEMBASUH MUKA
berniatlah,
"Ya Allah, putih dan serikanlah wajah ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini"
kenapa
Ahli syurga, wajah mereka berseri2 dan semoga kita tergolong di kalangan mereka

KETIKA MEMBASUH TANGAN KANAN
berniatlah,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini"
kenapa
Ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan, semoga kita tergolong dlm golongan ahli syurga.

KETIKA MEMBASUH TANGAN KIRI
berniatlah,
"Ya Allah, janganlah kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku"
kenapa
Ahli neraka akan diberi hisab melalui tangan kirinya nanti, semoga kita terhindar dari menjadi golongan ahli neraka.

KETIKA MEMBASAHKAN KEPALA DENGAN AIR
berniatlah,
"Ya Allah, lindungilah aku dari panas terik pancaran matahari di Padang Masyar dengan Arasy Mu"
kenapa
Panas di Padang Mahsyar nanti , matahari hanya sejengkal dari atas kepala

KETIKA MEMBASUH TELINGA
berniatlah,
"Ya Allah, ampunilah dosa2 telinga ku ini"
kenapa
Setiap hari kita ada mendengar dan terdengar org mengumpat, mengkeji dan memfitnah dan juga perkataan2 buruk dan tidak elok didengar.

KETIKA MEMBASUH KAKI KANAN
berniatlah,
"Ya Allah, permudahkanlah aku ketika meniti titian Siratul Mustaqim nanti"
kenapa
Kalangan ahli syurga akan menitinya sepantas kilat nanti

KETIKA MEMBASUH KAKI KIRI

berniatlah
"Ya Allah, bawalah aku pergi ke tempat2 yg mulia seperti masjid dan majlis ilmu, bukan ditempat2 maksiat"
kenapa
kerana semua ketentuan qada dan qadar ditentukan oleh Allah jua
Marilah kita sama2 mengamalkannya semasa kita berwuduk,
hanya perlu niatkan sahaja dlm hati semasa kita berwuduk
nanti kita akan dapat rasa kepuasannya semasa berwuduk
semoga wuduk kita sempurna seperti yg disarankan dan doa2 kita itu nanti dimakbulkan Allah swt


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...