Tuesday 4 February 2014

Belajar Bahasa Arab Part 1

Jom belajar bahasa syurga...

La Baksa : Tiada apa-apa

Ibrah : Pengajaran

Tafaddhol : Silakan

Wa ilal liqo'...

Monday 3 February 2014

Cuba Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum...

Belajar bahasa Arab, pernah sahabat aku katakan lagi sukar belajar bahasa Arab dari bahasa Inggeris. Benarkah atau tidak?. Wallahualam..kerana aku hanya pencari. Di usia ku yang semakin penghujung, baru hati aku terdetik untuk mempelajari bahasa Arab. Walaupun hanya baru mengenali beberapa perkataan Arab, tapi nikmat yang aku rasa hanya Allah yang tahu.

So, practice make perfect. Hari ni 3 perkataan asas bahasa Arab serta maksudnya sekali. InshaAllah. Semoga Allah merahmati kita semua.

Afwan : Sama-sama

Afwan ukhti : Sama-sama wahai saudariku

Mabrook : Tahniah

Aseef kalau ada kekurangan. Wa ilal liqo'. InshaAllah.

...Fussilat ayat 40...


Fussilat ayat 40 :

"Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Kami, mereka tidak tersembunyi dari Kami. Maka apakah orang-orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik, ataukah orang-orang yang datang dengan aman sentosa pada hari Kiamat? Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan"

...Hamba yang hina...

Pernah tak walau sekali kita rasa betapa kerdilnya kita di sisi DIA. Allahurobbi, selama usia ku ini, apa bekalan yang aku ada sebagai persediaan menghadap Illahi. Allah, ampunkan dosa-dosa ku. Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang hina.

Pintu hati ku diketuk saat lena ku yang panjang. Mana segala bekalan ku,...mana segala persediaanku sebelum mengadap Ya Rabb.

Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Lately, banyak..banyak sangat peluang untuk aku kutip ilmu-ilmu Mu Ya Allah. Tetapi hati ku masih hanya memandang sepi. tetapi, apabila sekali Kau mengetuk pintu hati ku ini, Ya Allah..andai ku tahu manisnya mengutip ilmu-ilmu Mu Ya Allah, telah ku cuba sejak dari dulu lagi.

Sesungguhnya, akan aku cuba untuk 'penjenamaan' semula hatiku ini Ya Allah. Demi kasih dan cintaku pada Mu, demi kasih dan rindu ku pada Nabi Muhammad s.a.w..

Sunday 2 February 2014

...Berkurun lama...

Assalamualaikum..Allahurobbi..dah lebih setahun tak update..tak jenguk blog ni..InshaAllah..lepas ni akan cuba curi-curi masa untuk touch up semula. InshaAllah dengan azam baru..buku baru..demi lebih mendekatkan diri ini pada Dia..Allah..Wa ilal liqo'..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...