Wednesday 2 May 2012

..Sunnah berbekam + tips sebelum berbekam..

Assalam...

Setelah lama menyepi akhirnya ada sikit rajin nak menulis ni...actually banyak benda yang nk di tulis, tapi sebab bz n malas sesangat..tu yg x ber update..insyallah...ada kelapangan saya akan kembali mencoret2..

Juz nak share pasal berbekam sikit coz baru2 ni saya ada pergi buat rawatan berbekam di Kg Assam Jawa (b4 Kuala Selangor). Tu pun sebab da sakit sangat kepala ni..Ni antara tips yg boleh diamalkan sebelum berbekam..(ni amik dari blog2 yg memang ada wat perniagaan bekam)..

Pantang Larang Sebelum dan Selepas Berbekam

  • Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam Asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat sekurang-kurangnya 2 jam sebelum rawatan.
  • Tarikh terbaik untuk berbekam adalah pada tanggal 17, 19 dan 21 haribulan Hijrah, seperti diriwayatkan Abu Hurairah yang berkata Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 haribulan Hijrah maka akan menyembuhkan semua penyakit." (Hadis riwayat Abu Daud)
  • Selepas Berbekam pula dianjurkan supaya tidak terus makan, mandi dan tidur untuk sekurang-kurangnya 1 jam.
Tempat yang saya wat bekam tu mmg selesa. Ada perawat utk org perempuan dan untuk orang lelaki. Bilangan cup nak buat tu bergantung pada apa masalah kita coz akak perawat tu akn diagnose kita dlu. No consultancy charge cuma utk diagnose & check gula ada dikenakan charge.

Untuk cup bekam tu dikira 1-5 cup RM50 & additional cup for RM5 per cup. Harga kira ok & berbaloi..Insyallah...selain berbekam, tempat ni juga menjual produk2 HPA..Kalau ada sesiapa nak cari tempat berbekam, ni saya attcah sekali nombor tel utk dihubungi..0192407769 atau 0192100769..minta maaf sebab saya x tahu nama perawat bekam ni..:)..nanti saya draw sikit pelan ke tempat tu ye..



Layan map x comei ni dulu yek..harap2 boleh baca tulisan segera tu..hehe..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...